Salam....
Hari ni nak citer skit pasal projek kuih raya aku n mak. Setiap tahun dah jadi kebiasaan aku n mak untuk wat kuih raya. Aku jarang beli kuih sebab mak aku rajin wat kuih raya ni. Bukannya apa, setiap kali raya, mak aku nak kasi kuih kat nenek aku di kampung n sedara mara yang lain. So lebih berbaloi buat sendiri daripada beli kan. Kopak le poket aku kalau nak beli n kasi sedara mara kan. Kalau beli pun selalunya kerepek2 jer.. Itu memang tak kuasa nak wat.
Dan kebiasaannya setiap tahun, kami akan mula wat kuih raya selepas 2 minggu berpuasa. Tup tup pagi tadi lepas sahur, mak cakap ngan aku dia nak mula wat kuih hari ni. Aku cam pelik gak. Naper nak mula hari ni... rupanya mak cakap kalau hari keje dia tak nak wat kuih. Dia tau aku penat kalau hari keje. Hehehehehe.... aku memang kalau hari keje di bulan puasa ni, balik keje, aku tido jer...
So tadi bermula ler projek kuih raya kami. Hari ni kami wat 1 jenis kuih je. Kami wat all time favourite aku.... Biskut Bunga Cina. Ini memang kuih favourite aku, dulu, kini dan selamanya..... ;P
Biskut ni tak banyak bahan pun. Cuma guna tepung jagung Butterfly Brown n Polson, Tepung ubi, susu pekat n butter. Itu jer bahannya.... Bentuk dia cam kuih samperit. Tapi dia ni putih gebu cam bunga cina. Sebab tu nama dia pun Biskut Bunga Cina.


Disturbia,
ReplyDeletetu bukan ke biskut dahlia? my favouriteeeee!
x tau le kak yanti.. family i panggil biskut bunga cina.. sama je kot.. cuma nama je lain .. hehehe
ReplyDeleteerm, dah lama tak wat kuih ni kak. dlu ms kecik suke mkn. so mak mst buat. skrg dah tak buat dah. tp still lg di hati ;)
ReplyDelete