Nak jugak letak tarikh tuh.... since buat entry dah lambat.. letak dalam tajuk je lah ek...
Actually dah lama balik ke umah dari kampung, tapi mood beraya masih ada, so malas nak update. Citer raya pun cam tahun2 biasa jer... Nothing special sangat.
Lepas Solat Sunat Aidilfitri, kami satu family bertolak ke umah tok (sebelah mak) di Alor Star.Tok sebelah ayah dah takde. On the way, macam tahun lepas gak, singgah umah Mak Njang di Telok Air Tawar, Seberang Perai Utara. Mak Njang ni kakak ayah aku. Selepas sessi makan n bersalam-salaman, kami terus plak ke Yan, Kedah.

Juadah raya kat umah Mak Njang
This time singgah umah Pak Ngah aku plak. Pak Ngah ni abg ayah aku. Lepak kat umah Pak Ngah ni tak makan kuih sangat pun sebab masih kenyang lagi. Tapi kami sibuk dok petik buah rambai. Umah Pak Ngah aku ni kat dusun. So apalagi, kami pun pulun memetik buah rambai. Buah rambai kat dusun Pak Ngah aku ni sedap siut... Maniss.............
Buah rambai yang dipetik
Dah dapat berbeg-beg rambai, kami pun teruskan perjalanan ke umah tok. Sampai umah tok dah pukul 4 camtu. Terus bersalam-salaman ngan tok, adik mak aku n suami, n sepupu aku. Pastu perut plak lapar. So terus makan ketupat lagi.
Sedara mara pun ramai gak yang datang umah tok aku. Malamnya aku ngantuk giler.. Maybe mabuk ketupat kot... Maklum ler ketupat palas kan... Hehehehehehe...
Petang raya kedua aku dah balik umah dengan ayah. Mak n adik2 still kat kampung. Ayah balik awal sebab nak attend kenduri kat sini. Mak plak stay sebab nak attend kenduri kat kg. Banyak sangat kenduri on the same days, so kena bahagi2 ler. Aku plak... sebab best fren aku nak datang umah. Kami jarang2 dapat jumpa sebab dia keje kat Shah Alam.
That's all for now.....
Daaaaaaaaaaa...............
p/s Nantikan next update... about a special guest...


No comments:
Post a Comment
WHAT SAY U